Terkini
Berita Pantas:
Home » » PENGENALAN

PENGENALAN

Masjid Taman Sukma yang ada sekarang, adalah sebuah surau yang telah dibina pada tahun 1998 dengan dana daripada kerajaan, hasil derma penduduk-penduduk Taman Sukma dan dermawan individu.

Projek pembinaan surau telah siap sepenuhnya dalam masa 20 bulan dan mula digunakan pada akhir tahun 1999.

Sejak awal tahun 2001, Masjid Ikhwanul Islam telah diurus oleh Jawatankuasa yang berwibawa, dinamik, professional, tulus, ikhlas, aktif dengan program-program dakwah, ilmiah, kegiatan kebajikan dan sosial. Pengurusan yang baik telah dapat menyemarak dan menarik ramai jemaah-jemaah untuk menunaikan solat waktu


Kecemerlangan dan kecekapan pengurusan, Surau Ikhwanul Islam Taman Sukma (MIITS) telah dianugerahkan sebagai Surau Contoh Ma’al Hijrah 2003 dan di naik taraf sebagai Masjid pada tahun 2004.

Pada 11hb Mei 2006, Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma telah menerima dengan rasminya, watikah kelulusan mengadakan solat Jumaat daripada YB Ir Datuk Haji Daud Bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri - Hal Ehwal Islam dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian.


Pada 12hb Mei 2006, Masjid Ikhwanul Islam telah dengan rasminya mendirikan solat Jumaat kali pertama bagi penduduk Islam Taman Sukma dan kawasan-kawasan persekitarannya.

Ruang Solat Masjid yang berukuran 2000 kaki persegi, hanya boleh menampung seramai 500 jemaah pada satu-satu masa dan terlalu sempit bagi menampung jemaah yang begitu ramai pada setiap Solat Jumaat, Tarawih, Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Taman Sukma mempunyai lebih daripada seribu dua ratus lima(1,205) buah rumah dengan anggaran penduduk seramai lima ribu orang.

Projek Pembesaran Masjid dilihat amat penting bagi memenuhi keperluan semasa dan keselesaan jemaah.

Masjid Ikhwanul Islam memerlukan ruang solat yang boleh menampung seramai 1800 jemaah bagi Solat Jumaat dan Solat-Solat Sunat Berjemaah.



Pada 10 Januari 2008 bersamaan dengan 1 Muharram 1429, Haji Omarali Matjais dengan bantuan Mohamad Ibrahim Sabang, Masjid SUKMA telah memulakan Websitenya, http://www.masjidsukma.com/

Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais