Terkini
Berita Pantas:
Home » » MASJID SUKMA

MASJID SUKMA

Taman Sukma mempunyai lebih daripada 1,205 buah rumah dengan anggaran penduduk seramai 6 ribu orang. Jumlah ini tidak termasuk taman perumahan berhampiran seperti Desa Guru, Taman Pelita, Pelita Height dan Samariang Kubor.
Atas desakan kebanjiran jemaah terutama fardhu Jumaat yang telah sekian lama bersolat di luar bangunan Masjid dan jika diberi keselesaan dianggarkan sejumlah 1,800 jemaah di Taman ini akan menunaikan solat Jumaat. Oleh itu AJK Pembangunan yang diketuai oleh YB Haji Fadillah Haji Yusof, Ahli Parlimen Petra Jaya telah memulakan projek mengumpul dana untuk membina Masjid ini dengan kos anggaran sebanyak RM2.50 juta.
Projek Pembesaran Masjid dilihat amat penting bagi memenuhi keperluan semasa dan dan masa depan. MIITS adalah yang paling aktif dan paling meriah disekitar bandaraya. Rekod yang konsisten bagi solat fardu suboh ialah antara 90 - 120 jemaah dan Magrib dan Isya’ mencatat diantara 100 – 130 jemaah.

Solat Zohor dan Asar walaupun berkurangan iaitu di antara 70 – 90 jemaah, tetapi sudah cukup menampilkan sebagai Masjid yang menjadi pilihan ramai.
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

2 Komen:

Udinb berkata...

Saya tumpang gembira masjid ini sudah ada blognya sendiri. Ia amat berguna sebagai salah satu kaedah untuk kita mengetahui berita terkini tentang masjid ini terutama aktiviti keagamaannya.

Sebagai salah seorang penduduk di kawasan taman perumahan ini, saya juga berharap akan dapat membantu dan menyumbang ke arah pembangunan masjid ini. InsyaAllah.

Wassalam

Penduduk Setia Tmn Sukma berkata...

saya gembira krna msjd tok dh da blog..saya cadangkan supaya pengurusan msjd tmn sukma bleh mgadakan program2 yg brmanfaat dan mengeratkan silaturrahim kpd seluruh pndduk tmn sukma,tdak kira muslimah atau muslimin,tua,muda atau remaja..atau kpd pndduk tmn sukma yg jrg jemmah kat msjd..oleh itu,sama2 lh kita berdakwah dan mgajak org pegi jemaah & mncri ilmu kt msjd sukma..kenek tok ramai remaja kat sukma x d beri pendidikn agama sebab cdak mls nk cri dan kurang melibatkan diri dlm aktiviti keagamaan. oleh kerana ya, kta harus mempunyai strategi berdakwah dgn cara dan zaman knektok..

wassalam...

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais