Terkini
Berita Pantas:
Home » , » HIDAYAH DARI ALLAH : NIKMAT PALING AGUNG

HIDAYAH DARI ALLAH : NIKMAT PALING AGUNG



Yusuf Islam lahir pada 21 Julai 1948, suatu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun mungkin ramai yang kurang mengetahui sejarah perjalanan hidupnya yang penuh warna-warni ini.

Cat Stevens, Penyanyi pop Britain era 60 dan 70an telah menghasilkan lebih 10 album. Berikut ialah pengakuan beliau :

Kehidupan saya sebagai artis dipuja dan hidup mewah. Saya ketagih minuman keras, merokok dan sebagainya. Doktor mengesahkan saya mengidap penyakit TB.
Saya kemudian tersedar dan memikirkan kembali tentang makna hidup saya selama ini dan ke mana selepas ini. Tempoh rawatan penyakit TB yang dilalui memberi peluang untuk saya merenung perjalanan hidup saya.
Selepas sihat saya mempelajari nilai-nilai Timur seperti Budha, Hindu, I Chi, Zen, mendalami asal usul fahaman agama keluarga saya – Kristian Yunani Lama. Semua tidak memuaskan hati saya.
Suatu hari pada tahun 1975, semasa lemas ketika mandi di pantai Malibu, Los Angeles,
Saya menjerit ““Oh God! If you save me, I'll work for you.” (Tuhan, jika Engkau selamatkan aku, aku akan berkerja untukMu!)
Tiba-tiba ombak besar mendorong saya menuju ke pantai. Peristiwa itu sungguh luar biasa. Baru saya benar-benar yakin bahawa tuhan itu ada
Pada 1976, David, abang saya menghadiahkan senaskhah al-Quran kerana dia tahu saya sedang dalam ‘pencarian’
Saya menghabiskan masa setahun untuk membaca dan mengkaji keseluruhan isi al-Quran sebelum memutuskan untuk memeluk Islam
Akhirnya saya pasrah dengan kebenaran Islam. Lantas di suatu hari di musim sejuk pada 23 Disember 1977, saya berjalan kaki ke Masjid Regent’s Park, London untuk menyatakan keyakinan saya.
Kalimah Syahadah “Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad Adalah Pesuruh Allah” telah mengubah haluan hidup saya menjadi Muslim hingga kini
Saya ingin membuang kenangan sebagai seorang Cat Stevens. Apabila saya menjadi seorang Muslim saya memerlukan satu nama baru.
Disebabkan surah dalam Al-Quran yang paling saya sukai adalah surah Yusuf,
saya abadikan nama itu pada nama saya.

Kini telah 27 tahun Yusuf Islam memeluk Islam. Yusuf aktif berdakwah kepada masyarakat Britain – menguruskan empat buah sekolah Islam di Britain.
Beliau sering mendapat undangan dari masyarakat antarabangsa bagi menjelaskan pelbagai isu dan beliau masih terus menyanyi dengan menghasilkan lagu-lagu bercorak Islam. Pada tahun 2004, beliau telah menghasilkan album "I look, I see" pada 15 Januari 2004.

Mudah-mudahn kita mendapat manfaat dan mencontohi daripada apa yang dilalui oleh Yusuf Islam.

Disusun oleh,

Ibn Hashim al-Kelantani
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

1 Komen:

Abdullah berkata...

Semoga Allah tetapkan dan tambahkan hidayah kepada kita bersama.

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais