Terkini
Berita Pantas:
Home » » IMAM SHAFIE

IMAM SHAFIE

Imam Al-Syafie
IMAM Al-Syafie adalah pengasas mazhab Syafie. Nama sebenarnya Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 105 Hijrah di sebuah bandar bernama Ghizah di Palestin.

Para 2 mulai di sini
Al-Syafie seorang miskin yang kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara untuk menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dengan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh.

Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair, tetapi mengubah haluan dengan mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke kemuncak paling tinggi dalam bidang itu.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah sejak kecil lagi. Pada waktu itu juga beliau sudah mula menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyl selama 10 tahun. Kabilah Hazyl paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie juga banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl.

Imam Syafie turut banyak meninggalkan pesanan dan pedoman kepada umat manusia. Nasihatnya bukan saja berguna dan releven pada zaman itu, malah zaman berzaman hingga hari ini.

Berikut adalah antara nasihat Imam Syafie:

Empat perkara untuk sihat
• Makan daging.
• Memakai haruman.
• Kerap mandi.
• Berpakaian yang diperbuat daripada kapas.






Empat perkara melemahkan badan:
• Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin.
• Selalu cemas.
• Banyak minum air ketika makan.
• Banyak makan bahan yang masam.

Empat perkara menajamkan mata:
• Duduk mengadap kiblat.
• Bercelak sebelum tidur.
• Memandang yang hijau.
• Berpakaian bersih.

Empat perkara merosakkan mata:
• Memandang najis.
• Melihat orang dibunuh.
• Melihat kemaluan.
• Membelakangi kiblat.

Empat perkara menajamkan fikiran:
• Tidak banyak berbual kosong.
• Rajin bersugi (gosok gigi).
• Bercakap dengan orang salih.
• Bergaul dengan ulama.

Empat cara tidur:
• Tidur nabi. Terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
• Tidur ulama dan ahli ibadah. Mengiring ke kanan memudahkan terjaga untuk solat malam.
• Tidur raja yang haloba. Mengiring ke kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
• Tidur syaitan. Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka.

Mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari info di atas
Oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani

Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais