Terkini
Berita Pantas:
Home » , » LIMA PANDUAN LUQMAN UNTUK SELAMATKAN MANUSIA

LIMA PANDUAN LUQMAN UNTUK SELAMATKAN MANUSIA



Luqman al-Hakim seorang ahli hikmah yang Allah rakamkan kisahnya dan akhirnya diabadikan namanya di dalam al-Quran dengan satu surah yang dinamakan surah Luqman, pernah ditanya oleh anaknya: "Apakah satu benda yang paling baik dimiliki setiap orang?"

Luqman menjawab: "Agama."
Si anak bertanya kembali: "Jika dua?"
Ujar bapanya: "Agama dan harta."
"Jika tiga?"
"Agama, harta dan sifat malu."
"Jika empat?"
"Agama, harta, sifat malu dan akhlak yang baik.'
"Jika lima?"
"Agama, harta, sifat malu, akhlak yang baik dan sifat dermawan."
"Jika enam?"

Luqman berkata: "Wahai anakku! Jika kelima-lima perkara itu terkumpul pada
diri seseorang, maka dia akan menjadi seorang yang bersih dan terpelihara
ketakwaannya serta selamat daripada godaan syaitan.

Nasihat Luqman al-Hakim di atas menyingkapkan pandangan hidup yang realistik dan amat relevan untuk mengangkat martabat dan maruah seseorang manusia di dalam kelompok masyarakat iaitu beragama, berharta, memiliki sifat malu, mempunyai akhlak yang baik dan bersifat dermawan terhadap orang yang memerlukan.

Disusun oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais