Terkini
Berita Pantas:
Home » » Nik Nur Madihah - Pelajar Miskin yang cemerlang

Nik Nur Madihah - Pelajar Miskin yang cemerlang



ANAK NELAYAN DAPAT 20A
Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar SMK Agama (Arab) Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mencatat sejarah apabila mendapat 20A dalam peperiksaan SPM 2008. Berikut ialah petikan beberapa kata-kata dan petua resipi yang diamalkan oleh beliau :

“Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan”
“Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dann sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa..”
“Saya mengulangkaji awal pagi pada setiap hari selepas solat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan saya sejak di sekolah rendah lagi.”
“Untuk berjaya, yang paling penting adalah usaha memajukan diri, sokongan ibu bapa, guru dan berdoa selepas melakukan segala usaha terbaik.”
Disusun oleh,
Ibn Hashim al-Kelantani
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

3 Komen:

Syamimi berkata...

Kejayaan beliau menjadi cabaran bagi pelajar-pelajar lain kerana setiap orang mampu berjaya

Sarah berkata...

Syabas Nik Nur Madihah, kejayaan anda inspirasi anak-anak luar bandar

Mohd Hanif berkata...

Pelajar cemerlang kebanyakannya perempuan. Ayuh kaum lelaki, jangan berpeluk tubuh!

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais