Terkini
Berita Pantas:
Home » , » MUTIARA BERHARGA BULAN ZULKAEDAH

MUTIARA BERHARGA BULAN ZULKAEDAH



Kita umat Islam diberi peluang sekali lagi bulan Zulkaedah atau musim haji untuk melipat gandakan pahala. Para jamaah haji dari Malaysia mula berangkat ke tanah suci, kita doakan semoga mereka mendapat haji yang mabrur.

Ibadah haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima, ianya diwajibkan ke atas umat Islam yang mampu melaksanakan iaitu yang mampu dari segi fizikal dan memenuhi syarat-syarat tertentu.

Secara umumnya, ibadah haji bukanlah sesuatu ibadah yang baru. Ianya telah diamalkan semenjak manusia diciptakan oleh Allah iaitu dari zaman nabi Allah Adam AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 96:


Yang bermaksud : “Sesungguhnya rumah ibadah yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat dan dijadikan petunjuk hidayah bagi umat manusia”.

Firman Allah yang lain di dalam surah al-Hajj ayat 27:


Maksudnya : “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”

Apa hikmah yang dapat kita ambil dari menunaikan ibadah Haji

1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT Tuhan semesta alam.
2. Dari sudut kemasyarakatan, ibadah haji merupakan perhimpunan antarabangsa umat Islam dan mereka berada dalam satu tempat dalam satu masa dengan menghayati satu visi dan misi.
3. Ibadat haji mendidik manusia bahawa manusia itu sama, tidak ada perbezaan taraf, darjat berasaskan bangsa dan warna kulit, kekayaan dan sempadan geografi. Semuanya sama, ianya dijelmakan melalui pakaian ihram.
4. Ibadah haji juga merupakan suatu perghimpunkan umat Islam dari seluruh dunia. Daripada perhimpunan ini menggambarkan bahawa wujudnya kesatuan manusia hanya dapat dirialisasikan dengan satu aqidah dan satu syariat.
5. Ibadah haji dapat membentuk keperibadian muslim dengan akhlak dan disiplin yang baik. Segala perintah dan larangan semasa ihram dipatuhi untuk mendapat haji yang mabrur.
6. Dari aspek spiritual manusia, ibadah haji menyuburkan keimanan dan ketakwaan. Ia mendidik dan memupuk spiritual seseorang agar mentauhid dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata. Dalam masa yang sama menolak untuk tunduk selain Allah. Perkara sebegini terpancar Jelas melalui ucapan-ucapan talbiah, doa dan zikir yang diucap oleh para jamaah haji ketika menunaikan ibadah tersebut.
7. Kita sebagai umat Islam boleh melihat sendiri Baitullah dan beribadah di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Rasulullah SAW

Sebenarnya seruan ibadah haji ini merupakan galakkan kepada umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama ia mengajak supaya bekerja dan mengumpul keperluan perbelanjaan untuk ke Baitullah serta untuk keperluan harian yang lain. Bagi yang belum mempunyai kemampuan, masih ada masa untuk mengumpulkan perbelanjaan bagi menunaikan fardhu haji dan kepada yang berkemampuan serta telah memenuhi syarat-syarat, kenapa tunggu lagi? Apakah lagi alasan yang hendak diberikan untuk tidak mengerjakan haji?. Atau bila ditanya bila lagi hendak menunaikan ibadah haji? Jawapan yang diberikan : Belum ada seruan lagi.
kalau tak mampu jugak lah ...kita kat malaysia ni kenalah korban lembu atau kambing sekurang-kurangnya satu bahagian
semoga kita walaupun dimana berada mendapat rahmat dan gandajaran yang melimpah ruah untuk bekalan dihari depan ( akhirat)
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais