Terkini
Berita Pantas:
Home » » Gunakan Jesus, God dan Lord diterjemah!

Gunakan Jesus, God dan Lord diterjemah!


Kenapa Gereja Kristian di Malaysia mahu menggunakan perkataan Allah?

Pihak Gereja mengatakan menghadapai masalah untuk menterjemah dengan tepat perkataan God dan Lord ke dalam Bahasa Malaysia.

Kerjakan Penyelesaian, Bukan Kerjakan Masalah

Jika semua pihak memberi penumpuan kepada persoalan yang dihadapi oleh pihak Gereja, kita boleh bersama memikirkan berbagai cara untuk membantu mereka menyelesaikan persoalan tersebut.

Gunakan Jesus, God dan Lord Tanpa Diterjemah

Satu cara mudah ialah semua pihak bersetuju Gereja Malaysia membawa perkataan Jesus, God dan Lord ke dalam Bahasa Malaysia sebagai nama khas, yang mempunyai maksud yang spesifik yang serupa dengan maksudnya di dalam Bible Bahasa Inggeris.

Dewan Bahasa Pustaka boleh memasukkan perkataan Jesus, God dan Lord sebagai nama khas dalam Kamus Dewan.

Rakyat Malaysia boleh diberi kefahaman tentang perkataan baru tersebut dalam masa yang sangat singkat.

Sekiranya diterima pihak Gereja, maka penganut Kristian boleh mendapat pemahaman yang tepat seperti yang pihak Gereja ingin sampaikan. Contohnya:
"Jesus our saviour and our Lord" diterjemah "Jesus penyelamat kami dan Lord kami"
"Mary mother of God" diterjemah "Mariam ibu God"
"Lord Jesus" diterjemah "Lord Jesus" [dan tidak akan timbul rasa kekok semua pihak berbanding terjemahan "Allah Jesus"]

Tambahan Nama Khas Dalam Agama Kristian

Perkataan berikut juga boleh diterima di dalam Bahasa Malaysia sebagai nama khas yang tidak perlu diterjemah, untuk memudahkan lagi pihak Gereja dan penganut Kristian menggunakan perkataan dan maksud yang tepat dalam ugama Kristian:
Bible
Creed
Holy Father
Holy Son
Holy Spirit
Holy Ghost
God
Lord
Jesus
Christ
Mother Mary
Church
Pope
Bishop
Apostle
Saint
Mungkin ada perkataan lain yang digunakan oleh pihak Vatican yang ingin digunakan oleh Gereja Kristian Malaysia tanpa perlu diterjemah, dan boleh ditambah di senarai tersebut.

Justifikasi

Bahasa Malaysia telah berkembang pesat dan menerimapakai berbagai perkataan daripada bahasa lain terutamanya Bahasa Inggeris. Contohnya, frasa "Multimedia Super Corridor" boleh difahami oleh seluruh rakyat Malaysia di mana jua berada.

Maka penggunaan nama khas ugama Kristian dalam Bahasa Malaysia tanpa perlu diterjemah, adalah satu kemudahan dan pembaharuan yang boleh digunakan oleh pihak Gereja.

Perlaksanaannya juga mudah dan praktikal, lebih mudah daripada penukaran ejaan Bahasa Malaysia yang dilaksanakan oleh Malaysia pada tahun 1970an dahulu.

Kebaikan

Cadangan menjadikan Jesus, God dan Lord sebagai nama khas dalam Bahasa Malaysia membawa banyak kebaikan kepada semua pihak:

1) Ia menyelesaikan masalah pihak Gereja untuk menterjemahkan dengan tepat perkataan Jesus, God dan Lord.... kerana ia tidak perlu diterjemahkan!

2) Penganut Kristian di Malaysia tidak perlu menggunakan perkataan Allah yang berasal daripada perkataan Arab, dan yang juga mempunyai maksud sebenar yang berbeza.

3) Anak2 Muslim tidak keliru dan anak2 Kristian juga tidak keliru tentang agama masing2.

4) Rakyat Malaysia yang Islam dan Kristian boleh meneruskan usaha bersama untuk memajukan negara demi anak2 dan keturunan. Rakyat Malaysia yang lain juga boleh menggunakan masa dengan lebih efektif.

ajimie.blogspot.com
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais