Terkini
Berita Pantas:
Home » » Forum Perdana

Forum Perdana

JEMPUTAN KE PROGRAM MESRA RAKYAT “FORUM PERDANA” BERSAMA ADUN N.7 SAMARIANG< Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak KEMAS Daerah Kuching bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ikhwanul Islam dan JKKK Taman Sukma, Kuching akan menganjurkan Forum Perdana bertajuk - Perpaduan Dalam Kontek “Konsep 1 Malaysia” bersempena dengan Program Mesra Rakyat bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri N.7 Samariang, Puan Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali.

2. Sehubungan dengan itu, YBhg. Tuan / Puan adalah dijemput untuk hadir ke Majlis tersebut di atas seperti butiran berikut:-
Hari/Tarikh : Khamis, 15 April 2010 / 30 Rabiulakhir 1431H
Masa : 6.30 petang< Tempat : Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma
Aturcara :
6.46 ptg - Azan & Solat Maghrib Berjemaah< Forum Perdana dimulakan
Pengerusi - Ustaz Azman Zen
Ahli Panel - Ustaz Ahmad Mustapa Haji Idris - Ustazah Narimah Che’ Harun
7.56 mlm - Azan Isya’
- Sambungan Forum Perdana
- Ucapan Aluan Pengerusi Pengelola
- Ucapan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak
- Ucapan YB Puan Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN N.7 Samariang
- Solat Isya’ Berjemaah
- Jamuan Malam
- Majlis Bersurai
Pakaian - Baju Melayu Rasmi
3. Segala sokongan dan keprihatinan pihak YBhg. Tuan / Puan untuk hadir ke majlis ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih. Sekian, harap maklum. JAZAAKALLAHU KHOIRAA
“KE ARAH MEMANTAP UKHUWWAH MEMPERKASA UMMAH”
Yang menjalankan tugas,
[HAJI IBRAHIM BIN NORDIN]
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan
Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma
s.k. 1. Ketua Kaum, Tuan Haji Ahmat bin Kenton
2. Pegawai Naqibah JAIS, Ustazah Ngatijam bte Misau
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais