Terkini
Berita Pantas:
Home » , » Peguam Muslim kesal Kartika bebas sebatan

Peguam Muslim kesal Kartika bebas sebatan

PPMM khuatir perintah tidak sahih kerana Ketua Agama seharusnya mempertahankan undang-undang Islam

KUANTAN: Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kecewa dengan keputusan meringankan hukuman sebat kepada menjalani hukuman khidmat masyarakat terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang bersalah kerana meminum arak.Setiausaha Agung PPMM, Abdul Halim Bahari berkata penggantian hukuman tersebut langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika Sari Dewi sendiri yang mahu dirinya disebat secara syarie.

Menurutnya, PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir perintah ini tidak mempunyai kesahihan di sisi undang-undang kerana Ketua Agama negeri seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi hukuman syariah.

“Undang-undang Islam telah menetapkan hukuman bagi kesalahan minum minuman keras. Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hokum syarak, namun ia hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hokum syarak.

“PPMM juga musykil penggantian hukuman dikatakan atas faktor kemanusiaan sedangkan hukuman sebat tersebut sendiri adalah ringan kerana ia lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya, “ katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, PPMM juga menyelar sesetengah ahli politik dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka demi menyokong keputusan meringankan hukuman itu.

PPMM menegaskan bahawa setiap undang-undang yang ditetapkan Allah mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia.

Kartika Sari Dewi, 33, mula menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak- Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di sini, semalam untuk tempoh selama tiga minggu.

Dia terlepas daripada hukuman sebat selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah perkenan meringankan hukuman itu. — Bernama


April 3, 2010, Saturday
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais