Terkini
Berita Pantas:
Home » , » Kelantan laksanakan 12 hukuman sebat

Kelantan laksanakan 12 hukuman sebat

Pihak berkuasa agama Islam Kelantan telah mengenakan hukuman sebat ke atas 12 pesalah jenayah syariah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah diperkenalkan di negeri itu pada 1986.

Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad berkata, hukuman sebat yang pertama dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa pada 25 Jan 1987 yang melibatkan pesalah mukaddimah zina dengan dikenakan tiga sebatan.

“Sejak itu Mahkamah Syariah menjatuhi hukuman sebat ke atas 12 kes, termasuk dua kes digugurkan,” katanya dalam kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Hukuman Sebat Syariah sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah peringkat negeri 2010 di sini, semalam.

Dalam kertas kerja bertajuk “Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan” Daud berkata setakat ini tiada kes liwat dilaporkan di negeri ini.

Menurut beliau, kes-kes yang boleh dikenakan hukuman sebat itu tertakluk dalam Enakmen Kanun jenayah Syariah Negeri Kelantan Nombor 2 Tahun 1985 yang antara lain meliputi zina, mukadimah zina, liwat dan minum minuman keras yang memabukkan.

Sebagai seorang daripada penggubal enakmen itu, Daud berkata, sebelum melaksanakan hukuman sebat di Kelantan, beliau memberi taklimat kepada pihak penjara di Jabatan Hal-Ehwal Ahgama Islam berhubung cara-cara dan kaedah pelaksanaan sebat dan menunjukkann jenis rotan yang digunakan untuk sebatan. — Bernama

August 20, 2010, Friday
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais