Terkini
Berita Pantas:
Home » » Kerajaan bantu peniaga

Kerajaan bantu peniaga


UNTUK DINIKMATI BERSAMA: (Dari kiri) Abdul Karim, Mohd Atei, Talib dan Dr Abdul Rahman bersama-sama menggaul bubur lambuk yang kemudiannya diedarkan kepada para hadirin.

Menteri Muda Pelancongan Sarawak yang juga Pengerusi SEDC Datuk Talib Zulpilip berkata peluang yang di- sediakan kerajaan harus di-rebut dan digunakan sebaik mungkin demi memajukan diri sendiri.

“SEDC tidak akan teragak-agak untuk membina lebih banyak tempat perniagaan bagi penjaja berniaga sekira-nya mendapat permintaan dan kerjasama pihak terbabit,” katanya pada Majlis Pelancaran Bazar Ramadan Kompleks Kubah Ria di sini, semalam.

Oleh yang demikian, pembinaan Kompleks Kubah Ria bernilai RM19.7 juta dengan 91 lot perniagaan yang dilengkapi kemudahan awam seperti tandas, bilik sembahyang dan tempat letak kereta yang mencukupi termasuk kawalan keselamatan yang terjamin untuk kegunaan penjaja.

Namun demikian, beliau menasihati penjaja agar menjalankan tanggungjawab sosial masing-masing iaitu menjaga kebersihan premis, kemudahan dan jaminan mutu produk serta makanan.

Selain itu, tujuan utama pembukaan Bazar Ramadan di kompleks terbabit adalah untuk mempromosikan pro-duk dan perkhidmatan sempena bulan Ramadan.

“Di sini kita dapat memupuk semangat 1Malaysia dan semua kaum datang untuk membeli, lagipun makanan yang dijual semuanya halal dan boleh dimakan tanpa was-was,” katanya.

Sebelum itu, beliau berkata rakyat tidak perlu gusar tentang kebersihan barang ma-kanan kerana dijamin kualitinya memandangkan pihak PPES telah mengendalikan Kursus Pengendalian Maka-nan dan Kursus Pengurusan Kewangan dari 7 sehingga 9 Ogos kepada semua penyewa gerai makanan dan penyewa lot peruncitan.

Beliau turut berharap pe-nyewa premis berusaha menarik tumpuan pelancong de-ngan menyediakan makanan yang bersih dan berkualiti serta pelbagai, memberi layanan baik, memberi maklumat yang senang difahami kepada pengunjung serta membuka kedai awal dan menutupnya lewat malam untuk memenuhi keperluan pembeli.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya Abdul Karim Rahman Hamzah, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, Pengarah Usahawan Bumiputera Sutin Sahmat dan Datuk Bandar Dewan Banda-raya Kuching Utara (DBKU) Mohd Atei Abang Medaan.



by Henrietta Liza
August 20, 2010, Friday
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais