Terkini
Berita Pantas:
Home » » Hospital umum kedua dibina di Petra Jaya

Hospital umum kedua dibina di Petra Jaya

KUCHING: Hospital kerajaan kedua di sini selepas Hospital Umum Sarawak (HUS) bakal dibina di Petra Jaya.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, sudah tiba masanya sebuah hospital umum dibina di kawasan tersebut memandangkan populasinya hampir mencecah 200,000.

“Kerajaan pusat secara prinsipalnya, telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah hospital umum di kawasan Petra Jaya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok berkata, kapasiti hospital umum kedua itu nanti berkemungkinan akan sama seperti HUS ber-ikutan dengan demografi po-pulasi di kawasan tersebut.

“Kita hanya perlu tunggu Kementerian Kesihatan membuat pengumuman… tetapi ia memang sudah di-persetujui,” katanya.

Tahun lepas, kerajaan ne-geri dan persekutuan kedua-duanya beranggapan bahawa Pusat Perubatan Antarabangsa Sarawak (SIMC) merupakan jalan penyelesaian untuk masalah kesesakan di HUS.

Namun, perkembangan terbaru ini sekali gus menolak kemungkinan SIMC dijadikan hospital kerajaan kedua memandangkan kerajaan negeri pernah menawarkan untuk menyewakannya kepada ke-rajaan persekutuan.

Posted on October 19, 2010, Tuesday
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais