Terkini
Berita Pantas:
Home » » Matlamat Umum dan Pengkhususan

Matlamat Umum dan Pengkhususan

MATLAMAT UMUM:

Melahirkan seberapa ramai Al-Hafiz yang berpendidikan agama dan akademik serta mampu melakukan usaha dakwah disamping kerjaya duniawi.


MATLAMAT KHUSUS:

Memastikan pelajar-pelajar tidak hanya hafal Al-Quran, tetapi juga mampu memahami dan menghayati ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


SISTEM MADRASAH


Sistem belajar yang digunakan di Madrasah Tahfiz ini adalah sistem Belajar Sepenuh Masa (Asrama penuh). Tahfiz Al-Quran adalah pelajaran utama madrasah dan pelajaran akedemik adalah diwajibkan untuk persiapan menduduki SPM (calon persendirian). Peperiksaan tahunan madrasah akan diadakan setiap tahun bagi memantapkan lagi persiapan para pelajar menghadapi SPM. Dengan adanya Sijil Tahfiz dan SPM ini nanti para pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPTA/IPTS yang layak mereka sertai sama ada dalam bidang Agama, akademik atau bidang kemahiran.

Pihak Madrasah akan mengadakan temuduga dengan pelajar-pelajar yang mendaftar masuk bagi memastikan sama ada mereka layak memasuki kelas Tahfiz. Bagi pelajar yang belum mampu memasuki kelas Tahfiz akan dimasukkan ke kelas Iqra & tajwid.



Aktiviti Pelajaran Madrasah


1) KELAS TAHFIZ AL-QURAN

PERINGKAT HAFALAN:


Sijil Tahfiz Al-Quran Peringkat 1 (Saba') - (Hafalan baru, minimum satu mukasurat setiap kali Tasmi'.)


Sijil Tahfiz Al-Quran Peringkat 2 (Para Saba') -(Hafalan Ulangan, minimum satu Juzuk setiap kali Tasmi'.)

Sijil Tahfiz Al-Quran Peringkat 3 (Mokhtar & Syahadah) -(Hafalan Lama, minimum 5 Juzuk setiap kali Tasmi'.)


2) KELAS IQRA DAN TAJWID


3) KELAS BAHASA ARAB

4) KELAS FARDHU AIN

5) KELAS AKADEMIK

Para pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan SPM sekurang-kurangnya untuk mata pelajaran teras SPM seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu:

1. Pendidikan Islam
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Matematik
5. Sains
6. Sejarah


HARI DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Isnin hingga Jumaat (Sabtu dan Ahad cuti)

1) Sesi Pagi ( 4.00am – 11.00am )
2) Sesi Petang ( 2.00pm – 5.00pm )
3) Sesi Malam ( 7.00pm – 10.00pm )


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN:

  1. Mampu membaca Al-Quran dengan baik
  2. Memiliki Sijil UPSR
  3. Memiliki mushaf Al-Quran yang telah ditetapkan oleh pihak Madrasah -(Mushaf resam Utsmani yang memiliki terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia)
  4. Berakhlak mulia dan sentiasa dalam keadaan bersih
  5. Sedia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Madrasah
  6. Bersemangat tinggi untuk mencapai sasaran khatam Al-Quran setiap Minggu

PAKAIAN SERAGAM MADRASAH

Jubah Putih dan Serban

YURAN PENGAJIAN

  1. Yuran Pendaftaran: RM 50.00
  2. Yuran Bulanan: RM 150.00

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

  1. Asrama
  2. Makan minum



Harapan kami adalah semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat menghasilkan natijah dan kejayaan seperti yang diharapkan dan mudah-mudahan Allah SWT akan menerima usaha ini sebagai suatu kebaktian dan amal soleh dalam catatan amalan kita. Kita juga berdoa dan berlindung kepada Allah daripada menjadikan usaha ini berhujung dengan kegagalan, kesia-siaan, pembaziran dan kemaksiatan kepada Allah. Mudah-mudahan Allah SWT akan mengampunkan segala dosa dan kesalahan kita semua serta menerima segala ibadah dan usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


Hubungi Kami
Sekiranya anda berminat untuk mendaftarkan diri atau keluarga, atau ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan kepada Madrasah ini bolehlah menghubungi kami di nombor berikut:

1) Ustaz Haji Muhamad Tamizi Bin Haji Hussien (0138490028)

2) Tuan Haji Muhamad Hatta Bin Haji Abdillah (0198278997)

Kami sangat mengalu-alukan segala sumbangan anda sama ada sumbangan wang ringgit, peralatan sekolah, masa, tenaga, nasihat, cadangan atau buah fikiran bagi menjayakan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ikhwanul Islam ini nanti. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa baik anda untuk memartabatkan Al-Quran dan mengembangkan lagi Kalamullah di negeri kita ini.
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, maaf kerana bertanya. Tidak adakah untuk separuh masa? Sebab saya perlu bekerja untuk menyara ibu dan jika di terima masuk madrasah saya perlu membiayai pendaftaran dan yuran untuk diri saya sendiri kerana sekarang ibu bergantung pada saya..

Omarali Matjais berkata...

Assalamuaikum, sila jumpa Ustaz Wan Abdul Rahman untuk urusan part time
Salam

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum w.b.t .. Alhamdulillah.. sy sgt berminat nak masuk ke madrasah.. tp sy f.5 .. d pertengahan tahun 2014 .. adakah saya layak masih layak ?? yuran bulanan kena bayar tiap2 bulan ke ? macam mne dgn org yg kurang berkemampuan mcm sy ?

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais