Terkini
Berita Pantas:
Home » » Firaun, Haman dan Ubai

Firaun, Haman dan Ubai

Semua orang mengetahui kekufuran Firaun yang begitu dasyat, sehingga dia telah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Haman pula adalah Perdana Menterinya dan Ubai bin Khalaf merupakan musuh ketat Islam di kalangan musyrikin Mekah. Sebelum hijrah, Ubai bin Khalaf selalu berkata kepada Rasullullah s.a.w. "Saya memelihara seekor kuda yang diberi makan yang cukup. Saya akan membunuh kamu dengan menunggangi kuda itu suatu hari nanti." Nabi s.a.w sekali pernah menjawab dan memberitahunya, "Insyaallah, sayalah yang akan membunuh kamu."

Dalam peperangan Uhud, dia berkeliaran di medan pertempuran mencari Rasullullah s.a.w sambil berkata, "Jika Muhammad terlepas pada hari ini, tiada keselamatan lagi bagiku." Lalu dia pun mara menghampiri Nabi s.a.w dengan niat untuk menyerang Baginda s.a.w. Para sahabat dari jauh lagi ingin menamatkan riwayat hidupnya tetapi Baginda s.a.w berkata, "Biarkan dia datang." Apabila dia telah hampir, Baginda s.a.w mengambil lembing daripada salah seorang sahabat lalu membaling ke arahnya. Lembing itu terkena pada pada lehernya dan terguris sedikit. Dia terhoyong-hayang lalu jatuh dari kudanya. Dia lari lintang-pukang sehingga sampai kepada tenteranya sambil berteriak, "Demi Tuhan, Muhammad telah membunuh aku." Orang kafir cuba menenagkannya sambil berkata, "Itu cuma melecir sahaja. Tidak usah dibimbangkan sangat." Namun dia berulang kali menjawab, "Muhammad telah memberitahu kepadaku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku. Demi Tuhan, jika dia meludahi aku pun nescaya aku mati."

Dikatakan bahawa jeritannya seperti seekor lembu jantan. Abu Sufian yang begitu bersemangat dalam peperangan itu telah mengejeknya, "Kamu begitu sekali menjerit hanya kerana luka yang sedikit," Kata Ubai, "Tahukah kamu pukulan siapakah ini? Ini adalah pukulan Muhammad. Demi Lat dan Uzza (nama dua berhala yang masyhur), kesakitan yang aku alami daripada luka ini begitu dasyat. Sekiranya kesakitan ini dibahagikan kepada seluruh penduduk Hijaz maka semuanya akan binasa. Sejak Muhammad berkata kepada aku di Mekah bahawa dia akan membunuh aku, aku sudah yakin bahawa aku tidak akan terlepas daripadanya. Setelah Muhammad berkata demikian, jika dia meludahi aku sahaja pun, pasti aku akan mati." Dia mati semasa dalam perjalanan pulang, sehari sebelum sampai ke Mekah. Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran bagi kita umat Islam. Seorang kafir yang sangat kuat kekufurannya dan permusuhannya terhadap Nabi s.a.w begitu yakin dengan ucapan Rasullullah s.a.w, sehingga sedikit pun tidak ragu-ragu terhadap kematiannya sendiri. Sungguhpun kita mengakui kebenaran Baginda s.a.w bahawa Baginda adalah seorang rasul, mengakui kebenaran sabdaannya, mendakwa mencitainya, namun banyak manakah nasihat Baginda s.a.w yang telah kita ikuti dan sejauh manakah kita takut terhadap azab-azab seperti yang telah diberitahu oleh Baginda? Ini adalah satu perkara yang perlu kita selidiki dalam diri kita masing-masing dan lantaran itu tiada sesiapa pun yang boleh memperkatakan sesuatu tentang diri orang lain.

Fadhilat Amal
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais