Terkini
Berita Pantas:
Home » » Mimpi Sahabat

Mimpi Sahabat

Disebutkan dalam satu hadith Bukhari bahawa adalah menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w selepas solat subuh, Baginda akan bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa yang bermimpi malam tadi?" Jika ada dikalangan mereka yang bermimpi maka mereka akan menceritakan mimpi itu kepada Baginda dan Baginda akan menafsirkan mimpi itu. Pada suatu pagi, seperti biasa Baginda bertanya kepada para sahabat. Kemudian Baginda sendiri bersabda, "Semalam saya bermimpi dua orang datang lalu membawa saya pergi bersama mereka." Kemudian Baginda menceritakan satu mimpi yang panjang. Antara yang dilihat oleh Baginda ialah syurga, neraka dan manusia yang sedang diazab dengan berbagai-bagai jenis seksaan dalam neraka. Daripada keseluruhan azab yang dilihat, antaranya ialah seorang yang dihancurkan kepalanya dengan batu dan dihentak begitu kuat sehingga batu itu terpelantinh jauh. Semasa batu itu diambil semula, kepala itu kembali menjadi seperti sedia kala dan sekali lagi dia dipukul dengan kuat dan sedemikianlah penyeksaan itu berterusan. Baginda bertanya kepada kedua-dua temannya (dua malaikat), "Siapakah orang ini?" Mereka menjawab,"Orang ini pernah belajar Al-Quran da dia tidak mengamalkannya dan dia tidur tanpa mengerjakan solat farudu." Diberitakan dalam sebuah hadith yang hampir serupa dengan hadith diatas, bahawa Rasulullah s.a.w telah bermimpi melihat segolongan manusia yang diseksa dengan cara yang sama sebagaimana yang disebutkan diatas. Selepas ditanya oleh Baginda, jibrail a.s. memberitahu bahawa mereka itu ialah yang melengah-lengahkan solah (At-targhib).

Hazrat Mujahid rah. berkata, "Sesiapa mengambil berat untuk mengetahui waktu solah maka mereka akan mendapat keberkatan sebagaimana keberkatan yang dilimpahkan ke atas Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya (Dur rul-Mansthur). Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bahawa Rasulullah telah bersabda,"Sesiapa meninggal dunia dalam keadaan beriman dengan ikhlas, melakukan amal ibadat, menunaikan solah, membayar zakat maka dia akan meniggal dunia dalam keadaan dia diredai oleh ALLAH. Diriwayatkan daripada Hazrat Anas bahawa Rasulullah bersabda, "ALLAH s.w.t berfirman, "Aku akan menagguhkan azab yang ingin aku turunkan ke atas sesuatu tempat apabila Aku mendapati di tempat itu ada orang yang memakmurkan masjid-masjid, berkasih sayang antara satu sama lain semata-mata kerana Aku dan memohon keampunan pada bahagian akhir malam."

Hazrat Abu Darda mengutuskan surat kepada Hazrat Salman berbunyi,"Masjid adalah rumah mereka yang bertakwa. ALLAH berjanji,"Aku akan menurunkan rahmat ke atas orang yang menghabiskan kebanyakkan masa mereka di dalam masjid. Aku akan mengurniakan rahmat kepada mereka dan Aku akan memudahkan kehidupan mereka. Aku akan memudahkan mereka melintasi titian sirat pada hari kiamat dan mereka akan memperolehi keredhaanKu." Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud menceritakan bahawa Rasulullah bersabda,"Masjid-masjid adalah rumah ALLAH dan sememangnya orang yang berkunjung ke sesebuah rumah akan dimuliakan oleh tuan rumah. Demikianlah ALLAH pasti akan memuliakan mereka yang berkunjung ke masjid-masjid." Hazrat Abu Sa'id al-khudri meriwayatkan Rasulullah bersabda,"ALLAH mengasihi mereka yang mengasihi masjid."

Hazrat Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasululullah s.a.w bersabda, "Apabila mayat diletakkan di dalam kubur, sebelum sempat mereka yang mengiringi jenazah itu pulang, malaikat akan datang berada untuk menyoalnya. Jika dia seorang yang beriman maka solah akan berada hampir di kepalanya, zakat di kanannya, puasa di kirinya dan amalan-amalan kebaikan lain yang telah dilakukan berada di bahagian kakinya. Dia dikelilingi dengan amalan-amalan baiknya dari semua arah sehingga tiada sesuatu pun yang boleh menghampirinya. Malaikat hanya dapat menyoalnya dari jarak yang jauh."


Fadilat solah.
Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakaria.
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais