Terkini
Berita Pantas:
Home » » Dunia Tempat Ujian

Dunia Tempat Ujian

apakah falsafah hidup insan? itu adalah salah satu soalan yang begitu menarik minat manusia bahkan menjadi bahan pemikiran manusia. seterusnya ia menjadi medan bagi menonjolkan kebolehan dan kemampuan masing-masing. pada hakikatnya, asas falsafah hidup insan bukanlah ciptaan atau rekaan manusia sendiri dan bukanlah hak manusia. sebagaimana manusia itu dicipta oleh Allah maka itu adalah menjadi hak Allah. Hanya falsafah hidup manusia yang disediakan oleh maha penciptanya itu sahaja asas falsafah hidup manusia yang konkrit, kukuh dan sempurna.

firman Allah dalam surah al-mulk ayat 2 yang bermaksud:"Dialah yang telah mentadbirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan ia maha kuasa membalas amal kamu lagi amat pengampun kepada orang-orang yang bertaubat.
Kehidupan manusia di dunia ini adalah untuk menerima dan menghadapi segala keadaan dan suasananya dengan segala corak dan warnanya itu adalah ujian Allah . ini adalah asas falsafah hidup manusia yang hakiki seperti yang dikehendaki oleh Allah.
ayat yang umum ini dijelaskan secara terperinci oleh quran dalam ayat-ayat lain yang menerangkan :
1. segala yang di atas muka bumi adalah hiasan indah untuk menjadi
ujian kepada manusia.
2. pangkat dan kedudukan adalah ujian kepada manusia.
3. Kesenangan dan kekayaan ataupun kesusahan dan kemiskinan adalah
ujian kepada manusia.
berdasarkan kepada hakikat ini Allah adalah penguji, manusia adalah yang diuji, dunia ini adalah medan ujiannya, usia hidupnya adalah masa menjalani ujian , sementara segala kandungan hidup itu pula adalah bahan-bahan atau soalan ujiannya.
semakin manusia itu tinggi, mulia dan sempurna maka semakin besar dan hebat ujiannya. begitu juga seterusnya mengikut kedudukan, pangkat , ilmu dan kemampuan yang dimilikinya.
ujian Allah kepada manusia bukan sekali-kali mahu merendah dan menghina manusia . sebaliknya ujian Allah kepada manusia adalah bagi kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak menguji manusia di luar kemampuannnya.
oleh itu.jadikanlah suruhan Allah merupakan medan markah yang terbaik manakala larangan Allah itu adalah jawapan yang salah. semoga markah tertinggi manusia dianugerahkan syurka yang memiliki beberapa nikmat yang luar biasa...
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais