Terkini
Berita Pantas:
Home » , » Pembaikan Pulih (Upgrading) Struktur Masjid Kita

Pembaikan Pulih (Upgrading) Struktur Masjid Kita

Assalammu'alaikum wbt,

Dimaklumkan bahawa Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma (MIITS) telah berjaya dilengkapi dengan 10 buah Penghawa Dingin (Airconditioned) Panasonic pada bulan Ramadhan 1432H yang lalu. Semua ini berjaya dilaksanakan hasil sumbangan ikhlas daripada para Jemaah / Penderma yang budiman.

Hasil Kutipan = RM26,475.00
Perbelanjaan  = RM23,860.00 (Kos Pembelian, Pemasangan dan Wiring)
Lebihan         =  RM2,615.00

Lebihan sebanyak RM2,615.00 telah digunakan untuk memasang 3 buah Pintu Sliding Kaca (Sliding Glass Door) di pintu utama pada hari ini, 14hb September 2011. Jumlah keseluruhan pemasangan pintu itu adalah sebanyak RM3,285.00.

Semoga kemudahan ini akan memberi keselesaan kepada semua para jemaah agar lebih kerap mengunjungi rumah Allah yang dikasihi ini yang penuh dengan pelbagai aktiviti seperti majlis ilmu - Kuliah Subuh, Maghrib, dll.

Pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma. Kami berdoa semoga tuan-puan sekeluarga dilimpahi rezeki yang luas, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Amin.

Sekian, wassalam.

Mohamad Ibrahim Hj Sabang
Setiausaha
Jawatankuasa Pengurusan MIITS
14hb September 2011 / 16 Syawal 1432H
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais