Terkini
Berita Pantas:
Home » , » Masjid Bandar Kuching akan dibina semula: Daud

Masjid Bandar Kuching akan dibina semula: Daud

KUCHING: Masjid Bandar Kuching yang dibina pada tahun 1834 terpaksa dirobohkan kerana struktur bangunan rumah ibadat itu tidak lagi kukuh dan membahayakan jemaah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, menjelang penghujung tahun ini, rancangan pembinaan semula akan dimulakan.

Menurutnya, kos keseluruhan pembinaan masjid tiga tingkat itu akan menelan belanja RM20 juta dan dilaksanakan secara tender tebuka.

“Apa yang kita buat, masjid di Jalan Gambier (Masjid Bandar Kuching) akan diroboh dan dibina semula. Pelan pembinaan sudah siap yang melibatkan pembinaan bangunan tiga tingkat dengan tingkat bawah digunakan untuk perniagaan dan dua tingkat untuk masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan daripada Kumpulan Etiqa di sini, semalam.

Daud yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur menjelaskan, struktur bangunan yang agak teruk dan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi menyebabkan ia harus dibina semula.

“Strukturnya teruk dan tidak boleh dibaik pulih dan ia juga berkaitan isu keselamatan.

“Untuk membaik pulih agar sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mahu melihat keselamatan jemaah dan pengguna masjid terjamin.

“Sudah tiba masa kita membina bangunan baharu yang lebih baik daripada sekarang,” jelasnya.

Daud menambah, apabila siap sepenuhnya nanti, masjid baharu itu mampu menampung sekitar 1,000 hingga 1,300 jemaah pada satu-satu masa.

“Masjid sekarang hanya boleh menampung 300 hingga 400 jemaah,” kata Daud.KUCHING: Masjid Bandar Kuching yang dibina pada tahun 1834 terpaksa dirobohkan kerana struktur bangunan rumah ibadat itu tidak lagi kukuh dan membahayakan jemaah.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman berkata, menjelang penghujung tahun ini, rancangan pembinaan semula akan dimulakan.

Menurutnya, kos keseluruhan pembinaan masjid tiga tingkat itu akan menelan belanja RM20 juta dan dilaksanakan secara tender tebuka.

“Apa yang kita buat, masjid di Jalan Gambier (Masjid Bandar Kuching) akan diroboh dan dibina semula. Pelan pembinaan sudah siap yang melibatkan pembinaan bangunan tiga tingkat dengan tingkat bawah digunakan untuk perniagaan dan dua tingkat untuk masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan daripada Kumpulan Etiqa di sini, semalam.

Daud yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur menjelaskan, struktur bangunan yang agak teruk dan kos penyelenggaran yang terlalu tinggi menyebabkan ia harus dibina semula.

“Strukturnya teruk dan tidak boleh dibaik pulih dan ia juga berkaitan isu keselamatan. Untuk membaik pulih agar sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, pihaknya mahu melihat keselamatan jemaah dan pengguna masjid terjamin.

“Sudah tiba masa kita membina bangunan baharu yang lebih baik daripada sekarang,” jelasnya.

Apabila siap sepenuhnya nanti, masjid baharu itu mampu menampung sekitar 1,000 hingga 1,300 jemaah pada satu-satu masa.

“Masjid sekarang hanya boleh menampung 300 hingga 400 jemaah,” kata Daud.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/03/27/masjid-bandar-kuching-akan-dibina-semula-daud/#ixzz1qLtxYMHZ
Posted on March 27, 2012, Tuesday
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais