Terkini
Berita Pantas:
Home » » Jaga adab Ramadan tingkat takwa

Jaga adab Ramadan tingkat takwa

LATIHAN dan pendidikan yang ada pada Ramadan tidak akan menghasilkan takwa melainkan jika adabnya dijaga dan dipelihara. Antara adab itu ialah:

Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya. Nabi SAW bersabda: “Makanlah sahur kerana sesungguhnya pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari) Zaid bin Thabit pula menceritakan, “Kami pernah bersahur bersama Nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh). Kemudian Zaid bin Thabit disoal: Berapa lama masa antara keduanya (iaitu di antara makan sahur dan solat Subuh)? Berkata Zaid: Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


Bersikap dermawan.

Abdullah Ibn Abbas meriwayatkan: “Rasulullah orang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Bertadarus al-Quran secara konsisten.
Abdullah Abbas melaporkan: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan untuk bertadarus al-Quran dan Rasulullah lebih cepat mengerjakan kebaikan, lebih cepat daripada angin yang berhembus.” (Hadis riwayat Bukhari)

Melaksanakan solat Tarawih.

Nabi Muhammad SAW berkata: “Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah SWT, maka diampuni dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Salamah bin Abdur Rahman meriwayatkannya, sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: “Bagaimana solat malam Rasulullah pada Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah tidak pernah melakukan solat malam lebih daripada sebelas rakaat, baik pada bulan Ramadan atau pada bulan yang lain.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan.

Aisyah berkata: “Rasulullah mengamalkan iktikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan sehinggalah Baginda wafat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah.

Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dan amalan keji, Allah SWT tidak berhajat menerima amalannya meninggalkan makan dan minum.” (Hadis riwayat Bukhari)


INFO
Adab Ramadan

Bersahur pada waktu dinihari dan melewatkan pengambilannya.

Bersikap dermawan.

Bertadarus al-Quran secara konsisten.

Melaksanakan solat Tarawih.

Beriktikaf terutama pada 10 terakhir Ramadan.

Mengawal nafsu, mengelokkan perangai serta memelihara lidah.
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais