Terkini
Berita Pantas:
Home » » Bisikan Tanpa Suara Dituruti

Bisikan Tanpa Suara Dituruti


18 September - Kuliah Tafsir Ibnu Kathir,Surah An-nisa’,Ayat 118, disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri di Masjid Ikhwanul Islam. Allah berfirman:
118.  Yang dila'nati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya)[350],
119.  Dan Aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya[351], dan akan Aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya[352]". barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, Maka Sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
120.  Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka.
121.  Mereka itu tempatnya Jahannam dan mereka tidak memperoleh tempat lari dari padanya.

[350]  pada tiap-tiap manusia ada persediaan untuk baik dan ada persediaan untuk jahat, syaitan akan mempergunakan persediaan untuk jahat untuk mencelakakan manusia.
[351]  menurut kepercayaan Arab jahiliyah, binatang-binatang yang akan dipersembahkan kepada patung-patung berhala, haruslah dipotong telinganya lebih dahulu, dan binatang yang seperti Ini tidak boleh dikendarai dan tidak dipergunakan lagi, serta harus dilepaskan saja.
[352]  mengubah ciptaan Allah dapat berarti, mengubah yang diciptakan Allah seperti mengebiri binatang. ada yang mengartikannya dengan merubah agama Allah.


Di sunatkan membaca istiazah jika ingin menyambung bacaan al-quran. Sekiranya Ketika membaca al-quran kita diganggu oleh gangguan luar seperti jawab salam,panggilan isteri,bercakap dengan anak dan sebagainya. Kata ulamak kita hendaklah memulakan dengan kalam istiazah, minta berlindung dengan allah daripada syaiton kena rejam.
            Allah melaknat Syaiton. seraya syaiton dengan sifat ketabur berjanji dihadapan Allah ingin menggangu dikalangan hamba Allah untuk bawa bersamanya kedalam neraka.
Kata qatadah “ Dalam seribu manusia,  999 manusia akan terjerat dengan perangkap syaiton. Hanya satu sahaja masuk syurga.
Umar al-khattab.  nabi bersabda : “semua umat aku masuk syurga kecuali satu sahaja masuk neraka.” Maka kata umar, “aku takut yang satu itu adalah aku”.
Bagaiamankah dengan diri kita.?

Siapakah mereka yang menjadi tumpuan godaan  syaiton?
Syaiton suka kepada ahli ibadat dikalangan orang Islam diantarakan ialah:-
1.      Mereka ingin melakukan solat.-waswah dalam melakukan solat.
2.      Para qari – mereka mementingkan bacaan daripada menghayati dan beramal dgn al-quran.
3.      Para imam- bangga dengan bacaan,
4.      Ulamak hadis –bersibuk dengan sanak sehingga terlupa matan dan amal dengan hadis.
5.      Ahli masjid- hanya pergi solat berjamaah tetapi lupa menuntut ilmu dan hadir kuliah
6.      Penuntut ilmu- tidak jaga adab,bercakap, tiada tumpuan dalam majlis ilmu.

“Diceritakan mengenai seorang bekas mufti Selangor al-marhum haji ishak bahrom. Beliau seorang berilmu, warak, lembut tetapi tegas. Suatu ketika beliau ingin menyampai kuliah maghrib di sebuah masjid, selepas solat maghrib ada dikalangan jamaah di situ menyambil masa dua tiga minit untuk membaca kitab fadhael a’mal. Beliau memberitahu ajk Masjid bahawa waktu beliau ingin menyampaikan kuliah, beliau tidak mahu lagi ada majlis lain pada hari itu. Setelah diberitahu perkara itu, masih juga berlaku sehinggakan beliau tidak lagi datang ke tempat itu. Hasil daripada itu, para jamaah kerugian seorang PENCERAMAH yang berilmu disebabkan satu perkara yang tidak disenangi olehnya. Oleh itu. Para jamaah mesti perihatin menjaga hati seseorang.”.


7.      Berangan-angan kosong- nak masuk syurga tetapi tidak beramal.
Syaiton akan menarik umat Muhammad supaya menyibutkan dengan urusan dunia dan melupakan akhirat sehingga manusia masuk neraka bersama-samanya.
Kepercayaan jahiliah arab.- (perlu ditinggalkan)
1.      Dalam akidah jahiliah – binatang ternakan –sekiranya anak unta yang kelima itu adalah jantan,maka mereka menyatakan (bahirah).maka ibu unta itu kena dipotong telinganya kerana dipersembahkan kepada tuhan. Tidak boleh disembelih, dimakan, diambil susu dan dibuat pembajakan.
2.      Sekira unta itu dipersembahkan kepada tuhan, dinazarkan maka unta itu dinamakan (sa_ibah).maka unta tersebut tidak boleh disembelih, diambil susu dan sebagainya.
3.      Unta melahirkan anak kembar- (jantan & betino)- .dinamakan wasilah juga dipersembahkan kepada tuhan.
4.      Unta jantan yang banyak melahirkan zuriah juga dipersembahkan kepada tuhan mereka.

Kata ulamak. “sesiapa yang mengharamkan makanan yang dihalalkan maka dia serupa dengan zaman jahiliah”
Sedangkan allah menghalalkan makanan kepada kamu.
 Dilarang mengubah ciptaan Allah
1.      Mengubah fitrah kejadian manusia- seperti tatu,cukur bulu kening, pondan,mak yah,lelaki berpakaian perempuan atau sebaliknya, memperelokkan gigi,(almutakalliah), lelaki menyerupai wanita dan sebagainya.
2.      Mengubah jantina

Sesungguhnya syaiton tidak menjanji  sesuatu kecuali tepu dayanya sahaja. Ketahuilah bahawa syaiton adalah musuh kamu yang nyata.

Sekian…..jumpa lagi insyllah di minggu hadapan.

Daripada pencatat : Hamba Allah
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais