Terkini
Berita Pantas:
Home » » Janji Ditepati

Janji Ditepati


25 September 2012, Siri kuliah maghrib.

Kepercayaan tidak cukup tanpa ada bukti. Tunjukkan bukti bagaimana kita mempercayaai adanya Allah. oleh itu sifat amalan soleh adalah cara terbaik menunjukkan kita menyakini adanya pencipta bumi dan langit. Tunduk dan sujuk serta lakukan amalan baik membuktikan diri kita yakin pada adanya Allah. amalan baik kelak bakal menjadi teman kita di hari kematian yang tiada lagi bantuan dan teman kecuali amalan baik yang kita lakukan waktu hidup. Setiap amalan baik akan dibalas dengan syurga, itulah janji Allah yang menjadi motivasi hidup seharian.

.  Firman Allah SWT di dalam surah an-nisa 122

122.  Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan saleh, kelak akan kami masukkan ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah Telah membuat suatu janji yang benar. dan siapakah yang lebih benar perkataannya dari pada Allah ?



Jika kita dapat merasai kebenaran janji-janji Allah ini, bererti kita berada dalam golongan manusia yang berpegang kepada akidah yang benar dan orang yang mengenali Allah, sejahtera matahatinya dan bercahaya. Sekiranya janji Allah tidak menepati dengan apa yang kita perolehi kemungkinan ia boleh berlaku dalam 3 keadaan:

  1. Mungkin apa yang dijanjikan oleh Allah ditukar dengan janji yang lebih baik menurut ilmu Allah.
  2. Ada waktunya janji Allah ditunaikan pada hari Akhirat dan ditukarganti dengan pahala .
  3. Janji Allah itu sengaja dilewatkan daripada waktu yang sepatutnya disebabkan oleh beberapa keadaan yang kita tidak mengetahuinya. Sebagai contoh kita telah berusaha bersungguh tetapi belum mencapai kejayaan sebagai yang dijanjikan oleh Allah orang yang berusaha akan berjaya. Kemungkin Allah menginginkan kita terus berusaha dan akan diberikan kejayaan yang lebih besar.
Mereka mengaku menyatakan beriman kepada Allah, tidak cukup untuk memancing syurga Allah namun pengakuan itu mestilah didampingi dengan amal usaha keras kerana Allah. Iman bukan anggan-anggan,ianya mesti dibuktikan dengan zahir amal ibadat semata-mata kerana allah.


Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais