Terkini
Berita Pantas:
Home » » 40 Tahun Bercakap Guna Ayat Al-Quran

40 Tahun Bercakap Guna Ayat Al-Quran



Masjid Taman Sukma 11 September 2012– Tafsir ibnu khathir. Ustaz Hassan Basri menyampaikan kuliah maghrib  di Masjid Taman Sukma,tafsir surah annisa ayat  114 . Allah menyebut dengan kalimah “la khaira” yang bermaksud tiada ada kebaikan. Tidak ada kebaikan dalam perbicaraan mereka. Kalimah najwa bermaksud berbisik.Perbicaraan di antara manusia seharian tidak dikira kebajikan oleh allah.Ucapan seseorang itu  tidak dikira suatu kebajikan kecuali seseorang itu harus memiliki sifat sebagai seorang (da’ie)pendakwah. Sifat ini mesti dimiliki oleh kita selaku orang islam. Bagaimanakah sifat seorang pendakwah? sifat pendakwah itu, Bila mana  seseorang itu mula membuka bicara, dipertengahan kata dan diakhir pertemuan haruslah ada dalam perbicaraan itu unsur menyuruh,berpesan supaya melakukan sadekah,melakukan kebaikan atau mendamaikan persengketaan diantara manusia. Barang siapa melazimi dalam percakapannya dengan  beberapa unsur sedemikian dengan tujuan semata-mata kerana keredhaan Allah bukan kerana yang lain. Maka Allah akan (kalimah saufa yang menunjukkan perkara yang jauh) membalasnya di akhirat kelak.

                Harta yang diberi pinjam oleh Allah kepada seseorang, bukan hak milik mutlak hartanya namun dia mesti menginfaqkan harta tersebut ke jalan Allah seperti zakat,sadekah,wakaf dan sebagainya. Menyuruh menginfaqkan sedikit harta bagi mereka yang memiliki banyak harta sampai kepada haul dan nisab adalah tanggungjawab orang islam.
                Hati-hati dalam percakapan.kerana nabi S.a.w bersabda yang bermaksud “sesiapa banyak bercakap, banyak dosa maka neraka tempatnya”. bercakap secara berhikmah akan meninggalkan kesan mendalam kepada pendengar walaupun Cuma santai saja. Oleh itu sebelum terkeluar sebiji perkataan haruslah difikir terlebih dahulu kerana lontaran sepatah perkataan boleh membawa padah atau sebagai mutiara hidup.
                Seorang ulamak, Abdullah al-mubarak dalam catatan kisahnya. Dia telah bertemu dengan seorang wanita, sedang beristirahat. Beliau sedang memerhatikan kepada seorang wanita itu,hatinya ingin bertanya sesuatu  kerana wanita itu bukan penduduk disini. Bila beliau bertanya,
“dari mana dan nak kemana?” lalu wanita itu menjawab dengan beberapa ayat al-quran. Surah al-israj ayat 1.
من المسجد الحرام الى المسجد الافصا
“kamu dah makan?” “ dijawab surah al-baqarah ayat 182.
يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام
“orang bermusafir harus berbuka puasa” maka dia menjawab
وان تصوم خيرلكم
Bila Abdullah al-mubarak terlihat auratnya. Wanita menjawab sebagaimana dalam surah نور
وقل للمؤمنت يغضضن من ابصرهم
Bila ditanya “kamu dah kahwin ke belum?” maka dia menjawab ayat al-quran-
يأيها الذين امنوا لا تسأل عن اشيا........الى اخير
Bila ditanya “anti ada anak tak?”dia menjawab
Wakallamaallahu musa taklima,


Bila Abdullah al-mubarak bertanya kepada anak wanita itu. “Berapa lama mak kamu bercakap dengan menggunakan ayat al-quran?”dia menjawab selama 40 tahun.
Wanita ini bersama sekumpulannya ingin pulang dari mengerjakan haji dari mekah dan ingin kembali ke palestin, dalam perjalanannya beliau ketinggalan jauh dari kumpulannya lalu bertemu dengan ulamak yang menaruh simpati dan bertanya sesuatu.wanita ini menggunakan ayat-ayat al-quran dalam percakapannya.

Info:   “ wanita bercakap sebanyak 11 ribu patah perkataan sehari manakala lelaki sebanyak 8 ribu sehari.”


Catatan ringkas kuliah ustaz Hassan basri di masjid sukma pada 11. September.

                 
                
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, best teruskan usaha ini

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais