Terkini
Berita Pantas:
Home » , , » Ustaz Muhadir Haji Jol - Ceramah Khas

Ustaz Muhadir Haji Jol - Ceramah Khas

Ceramah khas disampaikan oleh Ustaz Muhadir Bin Haji Joll pada 15 Mac 2013 selepas Maghrin di Masjid Sukma. Selepas Ceramah, Murid Tahfiz mempersembahankan Qasidah
Jamuan selepas Ceramah

Kumpulan Qasidah Madrasah Tahfiz

Jemaah Wanita



 Nama penuh Ustaz ialah Ustaz Muhadir bin Haji Joll, berasal dari Kampung Senari. Dilahirkan pada 27 Julai 1976 dan antara pendidikan awal Ustaz ialah di SK Kampung Senari, kemudian menyambung di SMK Agama Matang 2. Ustaz meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Tafsir dan Hadith dan sekarang menyambung pengajian di peringkat kedoktoran (PhD) di Universiti Malaya juga di dalam bidang Tafsir dan Hadith.


Antara guru-guru al Fadhil Ustaz ialah Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al Banjari al Makki, Syaikh Ahmad Fahmi Zam Zam al Nadwi al Maliki, Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki al Rembawi, Syaikh Baba Aziz dan ramai lagi Masyaikh. al Fadhil Ustaz merupakan pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Petaling Jaya. al Fadhil Ustaz juga mengendalikan pengajian Talaqi di Uia PJ dan Uia Gombak.

Antara buku yang ditulis al fadhil Ustaz ialah 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah, Terbitan Mawleed Publishing (sudah berada di pasaran), Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama', Inilah Jawapannya (akan terbit), Solat Menurut Mazhab Syafi'i (akan terbit) dan banyak lagi. Moga Ustaz akan terus berjaya dalam menegakkan Ahlu Sunnah wal Jama'ah di Malaysia ini, khususnya di bumi Sarawak yang bertuah
Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais