Terkini
Berita Pantas:
Home » , , , » Kayuhan Riadah dan Ibadah sempena Merdeka 2014

Kayuhan Riadah dan Ibadah sempena Merdeka 2014


30 Ogos 2014: Mengambil kesempatan kemeriahan Hari Merdeka, Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma (MIITS) menganjurkan Kayuhan Merdeka berkonsepkan RIADAH dan IBADAH bertujuan untuk menjinakkan anak-anak muda kepada Masjid. Penganjuran ini ditaja oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan majlis dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuching Utara.

Kayuhan bermula dari Masjid Taman Sukma (MIITS) dan berakhir di Masjid Taman Hussien. Di sana peserta dan anak-anak muda disambut oleh qariah tempatan dan dibawa menunaikan SOLAT SUNAT DHUHA berjemaah dan TAZKIRAH sebelum berkayuh balik ke Masjid Sukma untuk bersarapan pagi dan cabutan bertuah.

JPM MIITS mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar atas kehadiran dan penyediaan Marshall, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Tuan Haji Haris atas penajaan aktiviti ini dan juga qariah Masjid Taman Husien atas sambutan dan penyediaan minuman.

Bacaan Doa sebelum bermula
Safety Briefing oleh Ketua Kumpulan


Flag-off oleh Datuk Bandar Kuching Utara


Menuju Destinasi Taman Hussien

Sampai Di Masjid Taman Hussien

Berkayuh balik ke Taman Sukma

Sebahagian peserta selepas solat Dhuha dan tazkirah di Masjid Taman Hussien
Marshall

Kongsi dan sebarkan artikel ini :

0 Komen:

PROGRAM DAN AKTIVITI TERKINI

 
Support : Creating Website | Omarali | SUKMA Template
Copyright © 2008. MASJID IKHWANUL ISLAM TAMAN SUKMA - All Rights Reserved
Original Design by Creating Website Modified by Haji Omarali Matjais